PROFIL

SEJARAH PENUBUHAN
  • PSS SMKTS mula beroperasi dalam tahun 2002.
  • Guru PSS yang mengendalikan ialah Puan Wan Azimah Bt. Wan Md. Saleh dibantu oleh 20 orang pengawas.

  • Koleksi buku bermula dengan buku bekalan Kementerian Pendidikan dan buku yang dibeli.

  • Kini PSS  diketuai oleh Pn Mimun Bt Jana bersama beberapa orang guru lain dan 40 orang pengawas.

  • Hampir 10 000 buah buku fiksyen dan buku bukan fiksyen terdapat di PSS sehingga kini.
  • Beberapa jenis  majalah dan suratkhabar juga disediakan.

 VISI   PSS

PSS SMK TAMAN SEJAHTERA AKAN MENJADI PUSAT BUDAYA ILMU BERASASKAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN  MENJELANG 2020

MISI
  • Berusaha mendidik pelajar menjadi insan yang baik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan berakhlak mulia

  • Menjadi PSS sebagai pusat penyebaran ilmu dan maklumat

  • Menanamkan budaya kerja yang ikhlas, berkualiti dan terpuji

  • Mewujudkan suasana perhubungan warga sekolah yang mesra dan persekitaran yang sejahtera
 

  PIAGAM  PSS

  • Memberi pendidikan yang sebenar, adil dan terbaik kepada pelajar

  • Memupuk budaya ilmu, penguasaan ilmu dan kemahiran yang bermanfaat

  • Mengutamakan kepatuhan kepada ajaran agama, berakhlak mulia dan berdisiplin

  • Mengambil berat terhadap kebajikan dan keselamatan pelajar

  • Memberi layanan yang baik kepada semua pelanggan.
  PERATURAN PENGGUNAAN
  • Akhbar dan majalah yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan TIDAK dibenarkan dibawa keluar.

  • Buku yang telah selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan.

  • Pelajar mestilah berpakaian kemas sewaktu berada di dalam PSS.

  • Jaket atau pakaian panas tidak dibenarkan dibawa masuk ke PSS.

PERATURAN PEMINJAMAN

  • Tiap-tiap pelajar akan diberi kad ahli. Semua pelajar Peralihan dan pelajar tingkatan 1 wajib memberikan sekeping gambar berukuran kad pengenalan kepada guru PSS untuk pemprosesan kad automasi .Kad ini mesti digunakan setiap kali pelajar hendak meminjam buku. 

  • Anda tidak dibenarkan mengguna kad ahli pelajar lain untuk meminjam buku.
  • Setiap pelajar boleh meminjam 2 buku cerita.

  • Tempoh pinjaman sebuah buku adalah selama 2 minggu.
  • Pinjaman buku boleh dibuat pada waktu rehat atau selepas waktu sekolah.
  • Semua bahan yang dibawa keluar mesti disemak oleh pengawas pusat sumber atau guru perpustakaan di kaunter.

  • Sekiranya pelajar tidak kembalikan buku, denda akan dikenakan 10 sen sehari pada hari-hari berikut selepas tempohnya.
  • Jika buku yang dipinjam hilang, pelajar hendaklah membayar harga asal buku berkenaan.

  • Jangan koyak atau tulis apa-apa catatan di dalam buku atau majalah perpustakaan. Bahan yang dipinjam hendaklah dijaga dengan baik supaya jangan terkoyak atau kotor. Bahan patut dipulangkan dalam keadaan elok dan kemas.
  NILAM
  • Setiap pelajar wajib memiliki  sebuah buku nilam

  • Pelajar boleh membaca buku fiksyen dan non fiksyen.

  • Pelajar boleh membaca buku dalam semua bahasa

  • Selepas membaca buku pelajar perlu mencatat ringkasan cerita di dalam buku nilam

  • Buku nilam akan disemak oleh guru bahasa (BM/BI/BC/BT) dan disahkan oleh ibubapa.

  • Pelajar boleh manfaatkan masa sewaktu di PSS dan juga waktu terluang dimana sahaja.
  • Pelajar yang telah mencapai 100 buah buku beserta bukti laporan bacaan,  layak masuk ke Tahap Rakan Pembaca.