Saturday 19 November 2011

PAMERAN DI PUSAT SUMBER

LAPORAN PAMERAN DI PUSAT SUMBER



TARIKH

  1. 1 April  hingga 30 Jun 2011
            ( Pameran Nuklear)
  1. 1 Ogos hingga 31 Ogos 2011
             ( Pameran Bulan Kemerdekaan)
  1. 1 September hingga 18 November 2011
             (Pameran Pakaian Tradisional)
  1. 1 September hingga 18 November 2011
             (Pameran Barangan Tradisional)
  1. 1 September 2011 hingga 18 November 2011
 (Pameran & Maklumat Generasi Komputer)



MASA

Sepanjang Waktu Persekolahan


TEMPAT

PUSAT SUMBER,
SMK TAMAN SEJAHTERA, 14000 BM


OBJEKTIF

  1. Memberi informasi kepada semua pelajar.
  2. Mewujudkan keceriaan bermaklumat kepada semua pelajar di Pusat Sumber.


METADOLOGI

Pameran


SETIAUSAHA PROGRAM

Puan Mimun Bt. Jana


PENOLONG SETIAUSAHA

Puan Athiah Bt Mokhtar


SASARAN/KEHADIRAN PESERTA

Semua Pelajar





Laporan Aktiviti:

  1. Pusat Sumber telah mengadakan empat jenis pameran bertema iaitu:
(i)                 Pameran Isu Nuklear
(ii)               Pameran Bulan Kemerdekaan
(iii)             Pameran Pakaian Tradisional
(iv)             Pameran Barangan Tradisonal
(v)               Pameran & Maklumat Generasi Komputer
  1. Pameran ini telah diadakan di Pusat Sumber. Pelajar boleh mendapat maklumat dari pameran yang telah dijalankan.
  2. Pelajar dan guru telah memberikan sumbangan pakaian tradisonal untuk menjayakan pameran pakaian tradisonal.
  3. Pemeran telah dijalankan mengikut tarikh yang telah dicadangkan.
 LAPORAN BERGAMBAR PAMERAN DI PSS

Pelajar mendapatkan maklumat dari sudut pameran Bahan Radioaktif di PSS

Sudut Bacaan Risalah Bahan Nuklear
( Bahan bacaan disumbang oleh Jabatan Nuklear Malaysia)

Sudut Pameran Bulan Kemerdekaan

Sudut Logo dan Tema Hari Kebangsaan bagu tahun-tahun yang lepas

Sudut Carta Tokoh-tokoh Kemerdekaan

Sudut Info Kemerdekaan di Papan Kenyataan Koridor PSS

Pameran dan maklumat tentang sejarah generasi pertama komputer
 hingga generasi komputer  masakini

Sudut Pameran Pakaian Tradisional Melayu, Cina dan India
  

Sudut Pameran Barangan Tradisonal



Friday 14 October 2011

LAWATAN PSS KE PUSAT PEMBUATAN LABU SAYONG DI KUALA KANGSAR



TARIKH

13 Oktober 2011


MASA

8.00 pagi hingga 5.00 petang


TEMPAT

i)                    WIN Craft – Labu Sayong, Kampung Sayong Kuala Kangsar
ii)                  Bandar Kuala Kangsar
iii)                Galeri Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan


OBJEKTIF

1.Memberi peluang kepada pelajar untuk melihat proses membuat labu sayong yang sebenar.
2.Pelajar diberi peluang untuk merasai pengalaman membuat labu sayong sendiri
3.Meluaskan pengetahuan pelajar tentang pembuatan labu sayong
4.Meluaskan pengetahuan pelajar tentang sistem beraja di negeri Perak.


METADOLOGI

Lawatan Sambil Belajar


SETIAUSAHA PROGRAM

Puan Mimun Bt. Jana


PENOLONG SETIAUSAHA

Puan Oi Wei Kean
Puan Marlina Bt Razali
En. Selvarajah A/L Subramaniam


SASARAN/KEHADIRAN PESERTA

Peserta lawatan seramai 40 orang




Laporan Aktiviti:

  1. Seramai 40 orang pelajar telah mengikuti lawatan ke Kuala Kangsar. Taklimat lawatan diberikan oleh Puan Mimun Bt Jana. Pelajar mula bertolak ke Kuala Kangsar pada pukul 8.00 pagi.
  2. Destinasi pertama yang sampai ialah di Pusat membuat Labu Sayong iaitu Win Craft, Kampung Sayong, Kuala Kangsar.
  3. Semua pelajar telah diberikan taklimat oleh pengusaha labu Sayong iaitu Encik Win dan isterinya Puan Wati. Pelajar diterangkan proses dan teknik untuk membuat labu sayong. Terdapat tiga teknik yang biasa digunakan iaitu teknik cubit, teknik throwing dan teknik acuan. Teknik acuan merupakan teknik yang popular digunakan masa kini kerana lebih cepat dan mudah.
  4. Tanah liat yang digunakan untuk membuat labu sayong hanya boleh didapati di Kampung Sayong sahaja, kerana struktur tanah tersebut amat sesuai digunakan untuk membuat Labu Sayong. Untuk menggunakan teknik acuan,  tanah liat tersebut akan dibancuh dengan air dan dicampurkan dengan sodium. Kemudian bahan yang telah sebati akan dimasukkan ke dalam acuan yang disediakan.
  5. Setiap pelajar juga diberi peluang membuat labu sayong dengan sendiri dan menggunakan ukiran yang mereka kehendaki. Semua pelajar teruja kerana berjaya menghasilkan labu sayong masing-masing dengan kreativiti sendiri.
  6. Peserta telah menghabiskan masa selama 2 jam di pusat membuat labu sayong dan diakhiri dengan pembelian cenderahati untuk keluarga masing-masing.
  7. Seterusnya pelajar dibawa makan tengahari di ‘Food Court’ di Bandar Diraja Kuala Kangsar.
  8. Pelajar meneruskan perjalan ke Galaeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan dan melihat segala barang-barang cenderahati dan alat kelengkapan Diraja Sultan Azlan Shah di dalam galeri tersebut.
  9. Sebelum pulang ke sekolah peserta rombongan singgah di R&R Changkat Jering, Taiping untuk menunaikan solat fardhu Zohor dan sampai di SMK Taman Sejahtera pada pukul 4.30 petang.
LAPORAN BERGAMBAR LAWATAN KE KUALA KANGSAR

Puan Mimun memberikan taklimat lawatan kepada semua pelajar sebelum memulakan perjalanan.

Tempat memproses labu sayong yang menggunakan teknik acuan

Pengusaha labu sayong iaitu Encik Win memberikan penerangan dan taklimat bagaimana untuk membuat labu sayong.

Pelajar melihat teknik membuat labu sayong iaitu dengan menggunakan teknik acuan.

Pelajar diberi peluang membuat labu sayong

Pelajar tekun belajar membuat labu sayong dengan menggunakan mesin yang disediakan.

                                           Labu sayong yang bersedia untuk dijual

Pelajar bersiar-siar di Bandar Diraja Kuala Kangsar



                            Pelajar makan tengahari di medan selera tepi Sungai Perak


Lawatan ke Galeri Sultan Azlan, Bukit Chandan Kuala Kangsar.




Thursday 15 September 2011

LAPORAN BENGKEL PROSES TEKNIK BAHAN (BUKU)


TARIKH

15 September  2011 (Khamis)


MASA

2.30 petang hingga 4.30 petang


TEMPAT

PUSAT  SUMBER
SMK TAMAN SEJAHTERA, 14000 BM


OBJEKTIF

1.      Memberi pendedahan tentang teknik memproses buku baru di perpustakaan
2.      Membaikpulih buku yang telah koyak dan rosak
3.      Menanam sikap cintakan buku


METADOLOGI

Aktiviti Kumpulan


SETIAUSAHA PROGRAM

Puan Mimun Bt. Jana


PENOLONG SETIAUSAHA

Puan Marlina Bt Razali


SASARAN/KEHADIRAN PESERTA

Pengawas PSS Tingkatan 1,2, 4 dan 5 ( Pengawas PSS dari tingkatan 3 terlibat dengan kelas tambahan sekolah)


Laporan Aktiviti:

  1. Semua peserta di beri taklimat dan penerangan program oleh GPM.
  2. GPM memberikan penerangan tentang cara-cara Proses Teknik Bahan (Buku).
  3. Peserta dibahagikan kepada  empat kumpulan.
  4. Setiap kumpulan diberikan sekurang-kurangnya 20 buah buku baru yang masih belum diproses.
  5. Setiap peserta dikehendaki memproses buku baru di dalam kumpulan masing-masing.
  6. Buku yang telah diproses akan disemak oleh guru (fasilitator) sebelum disimpan di rak mengikut nombor panggilan buku tersebut
  7. Pelajar mengemaskini rak-rak buku di perpustakaan.
  8. Semua pelajar bersurai pada pukul 4.45 petang.

LAPORAN BERGAMBAR BENGKEL PROSES TEKNIK BAHAN(BUKU)

GPM memberi penerangan kepada peserta tentang Proses Teknik Bahan

Peserta memproses buku-buku baru di dalam kumpulan

Peserta membuat mukasurat tambahan bagi buku yang tiada mukasurat judul

Peserta menampal nombor panggilan pada tulang buku dan menampal kod bar dibawah slip tarikh pinjaman

Thursday 11 August 2011

PERTANDINGAN MEREKABENTUK ‘BIG CARD’

LAPORAN PERTANDINGAN MEREKABENTUK ‘BIG CARD’



TARIKH

10 Ogos 2011 (Rabu)


MASA

8.10 hingga 10.10 pagi


TEMPAT

BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL,
SMK TAMAN SEJAHTERA, 14000 BM


OBJEKTIF

1. Menanam sifat patriotisme di kalangan pelajar
2. Menerapkan nilai cintakan kepada Negara
3. Mengeratkan silaturrahim di kalangan pelajar


METADOLOGI

Merekabentuk dan Melukis


SETIAUSAHA PROGRAM

Puan Mimun Bt. Jana


PENOLONG SETIAUSAHA

Puan Rosidah Bt. Saleh


SASARAN/KEHADIRAN PESERTA

28 orang peserta


PELAKSANAAN PROGRAM

Anjuran Bersama Pusat Sumber Sekolah Dan Panitia Pendidikan Seni Visual



 Laporan Aktiviti:

  1. Pengumuman pertandingan telah diadakan sewaktu perhimpunan mingguan dan harian sekolah.
  2. Pelajar yang berminat telah memberikan nama kepada Penyelaras PSS.
  3. Pelajar diberi taklimat berkenaan program yang akan dijalankan.
  4. Pusat Sumber Sekolah hanya membekalkan sekeping kad manila, krayon, gunting dan gam disediakan oleh Panitia Seni Visual.
  5. Pelajar diberi masa lebih kurang 2 jam untuk menyiapkan rekabentuk ‘BIG CARD’ masing-masing.
  6. Tiga rekabentuk ‘BIG CARD’ telah dipilih sebagai tempat pertama, kedua dan ketiga. Tiga lagi hadiah disediakan untuk pemenang saguhati
 LAPORAN BERGAMBAR PERTANDINGAN REKABENTUK ‘BIG CARD’

Pelajar berada di Bilik Pendidikan Seni Visual

Pelajar sedang menyiapkan ‘BIG CARD’


 Pemenang Tempat Pertama ( Muka Depan Kad)

Pemenang Tempat Kedua (Muka Depan)

Pemenang Tempat Ketiga (Muka Depan)

Pemenang Tempat Pertama ( Bahagian Dalam Kad)

Pemenang Tempat Kedua ( Bahagian Dalam Kad)

Pemenang Tempat Ketiga ( Bahagian Dalam Kad)

Pemenang Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga

Pemenang Saguhati


SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN REKABENTUK  ‘BIG CARD’

BIL
NAMA PELAJAR
TING.
KATEGORI
1.
NUR RAJWANI BT MOHD ASYMAWI
2 PINTAR
TEMPAT PERTAMA
2.
SHATISKUMAR A/L SUGUMARAN
1 ARIF
TEMPAT KEDUA
3.
MEGERUBEN A/L PUVANESVARAN
4 SAINS
TEMPAT KETIGA
4
HANIS  SHAHIRA BT AHMAD AZMAN
2 ARIF
SAGUHATI
5
MOHANRAJ  A/L  MANIRAJAN
4 SAINS
SAGUHATI
6
TEH QI JUN
5 PERDG
SAGUHATI