Friday 14 October 2011

LAWATAN PSS KE PUSAT PEMBUATAN LABU SAYONG DI KUALA KANGSAR



TARIKH

13 Oktober 2011


MASA

8.00 pagi hingga 5.00 petang


TEMPAT

i)                    WIN Craft – Labu Sayong, Kampung Sayong Kuala Kangsar
ii)                  Bandar Kuala Kangsar
iii)                Galeri Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan


OBJEKTIF

1.Memberi peluang kepada pelajar untuk melihat proses membuat labu sayong yang sebenar.
2.Pelajar diberi peluang untuk merasai pengalaman membuat labu sayong sendiri
3.Meluaskan pengetahuan pelajar tentang pembuatan labu sayong
4.Meluaskan pengetahuan pelajar tentang sistem beraja di negeri Perak.


METADOLOGI

Lawatan Sambil Belajar


SETIAUSAHA PROGRAM

Puan Mimun Bt. Jana


PENOLONG SETIAUSAHA

Puan Oi Wei Kean
Puan Marlina Bt Razali
En. Selvarajah A/L Subramaniam


SASARAN/KEHADIRAN PESERTA

Peserta lawatan seramai 40 orang




Laporan Aktiviti:

  1. Seramai 40 orang pelajar telah mengikuti lawatan ke Kuala Kangsar. Taklimat lawatan diberikan oleh Puan Mimun Bt Jana. Pelajar mula bertolak ke Kuala Kangsar pada pukul 8.00 pagi.
  2. Destinasi pertama yang sampai ialah di Pusat membuat Labu Sayong iaitu Win Craft, Kampung Sayong, Kuala Kangsar.
  3. Semua pelajar telah diberikan taklimat oleh pengusaha labu Sayong iaitu Encik Win dan isterinya Puan Wati. Pelajar diterangkan proses dan teknik untuk membuat labu sayong. Terdapat tiga teknik yang biasa digunakan iaitu teknik cubit, teknik throwing dan teknik acuan. Teknik acuan merupakan teknik yang popular digunakan masa kini kerana lebih cepat dan mudah.
  4. Tanah liat yang digunakan untuk membuat labu sayong hanya boleh didapati di Kampung Sayong sahaja, kerana struktur tanah tersebut amat sesuai digunakan untuk membuat Labu Sayong. Untuk menggunakan teknik acuan,  tanah liat tersebut akan dibancuh dengan air dan dicampurkan dengan sodium. Kemudian bahan yang telah sebati akan dimasukkan ke dalam acuan yang disediakan.
  5. Setiap pelajar juga diberi peluang membuat labu sayong dengan sendiri dan menggunakan ukiran yang mereka kehendaki. Semua pelajar teruja kerana berjaya menghasilkan labu sayong masing-masing dengan kreativiti sendiri.
  6. Peserta telah menghabiskan masa selama 2 jam di pusat membuat labu sayong dan diakhiri dengan pembelian cenderahati untuk keluarga masing-masing.
  7. Seterusnya pelajar dibawa makan tengahari di ‘Food Court’ di Bandar Diraja Kuala Kangsar.
  8. Pelajar meneruskan perjalan ke Galaeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan dan melihat segala barang-barang cenderahati dan alat kelengkapan Diraja Sultan Azlan Shah di dalam galeri tersebut.
  9. Sebelum pulang ke sekolah peserta rombongan singgah di R&R Changkat Jering, Taiping untuk menunaikan solat fardhu Zohor dan sampai di SMK Taman Sejahtera pada pukul 4.30 petang.
LAPORAN BERGAMBAR LAWATAN KE KUALA KANGSAR

Puan Mimun memberikan taklimat lawatan kepada semua pelajar sebelum memulakan perjalanan.

Tempat memproses labu sayong yang menggunakan teknik acuan

Pengusaha labu sayong iaitu Encik Win memberikan penerangan dan taklimat bagaimana untuk membuat labu sayong.

Pelajar melihat teknik membuat labu sayong iaitu dengan menggunakan teknik acuan.

Pelajar diberi peluang membuat labu sayong

Pelajar tekun belajar membuat labu sayong dengan menggunakan mesin yang disediakan.

                                           Labu sayong yang bersedia untuk dijual

Pelajar bersiar-siar di Bandar Diraja Kuala Kangsar



                            Pelajar makan tengahari di medan selera tepi Sungai Perak


Lawatan ke Galeri Sultan Azlan, Bukit Chandan Kuala Kangsar.