TARIKH
|
13
Oktober 2011
|
MASA
|
8.00
pagi hingga 5.00 petang
|
TEMPAT
|
i)
WIN Craft – Labu Sayong, Kampung
Sayong Kuala Kangsar
ii)
Bandar Kuala Kangsar
iii)
Galeri Sultan Azlan Shah, Bukit
Chandan
|
OBJEKTIF
|
1.Memberi peluang kepada pelajar
untuk melihat proses membuat labu sayong yang sebenar.
2.Pelajar diberi peluang untuk
merasai pengalaman membuat labu sayong sendiri
3.Meluaskan pengetahuan pelajar
tentang pembuatan labu sayong
4.Meluaskan pengetahuan pelajar
tentang sistem beraja di negeri Perak.
|
METADOLOGI
|
Lawatan
Sambil Belajar
|
SETIAUSAHA
PROGRAM
|
Puan
Mimun Bt. Jana
|
PENOLONG
SETIAUSAHA
|
Puan
Oi Wei Kean
Puan
Marlina Bt Razali
En.
Selvarajah A/L Subramaniam
|
SASARAN/KEHADIRAN
PESERTA
|
Peserta
lawatan seramai 40 orang
|
Laporan Aktiviti:
- Seramai 40 orang pelajar telah
mengikuti lawatan ke Kuala Kangsar. Taklimat lawatan diberikan oleh Puan
Mimun Bt Jana. Pelajar mula bertolak ke Kuala Kangsar pada pukul 8.00
pagi.
- Destinasi pertama yang sampai
ialah di Pusat membuat Labu Sayong iaitu Win Craft, Kampung Sayong, Kuala
Kangsar.
- Semua pelajar telah diberikan
taklimat oleh pengusaha labu Sayong iaitu Encik Win dan isterinya Puan
Wati. Pelajar diterangkan proses dan teknik untuk membuat labu sayong.
Terdapat tiga teknik yang biasa digunakan iaitu teknik cubit, teknik
throwing dan teknik acuan. Teknik acuan merupakan teknik yang popular
digunakan masa kini kerana lebih cepat dan mudah.
- Tanah liat yang digunakan
untuk membuat labu sayong hanya boleh didapati di Kampung Sayong sahaja,
kerana struktur tanah tersebut amat sesuai digunakan untuk membuat Labu
Sayong. Untuk menggunakan teknik acuan,
tanah liat tersebut akan dibancuh dengan air dan dicampurkan dengan
sodium. Kemudian bahan yang telah sebati akan dimasukkan ke dalam acuan
yang disediakan.
- Setiap pelajar juga diberi
peluang membuat labu sayong dengan sendiri dan menggunakan ukiran yang
mereka kehendaki. Semua pelajar teruja kerana berjaya menghasilkan labu
sayong masing-masing dengan kreativiti sendiri.
- Peserta telah menghabiskan
masa selama 2 jam di pusat membuat labu sayong dan diakhiri dengan
pembelian cenderahati untuk keluarga masing-masing.
- Seterusnya pelajar dibawa
makan tengahari di ‘Food Court’ di Bandar Diraja Kuala Kangsar.
- Pelajar meneruskan perjalan ke
Galaeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan dan melihat segala
barang-barang cenderahati dan alat kelengkapan Diraja Sultan Azlan Shah di
dalam galeri tersebut.
- Sebelum pulang ke sekolah peserta
rombongan singgah di R&R Changkat Jering, Taiping untuk menunaikan
solat fardhu Zohor dan sampai di SMK Taman Sejahtera pada pukul 4.30
petang.
LAPORAN
BERGAMBAR LAWATAN KE KUALA KANGSAR
Puan
Mimun memberikan taklimat lawatan kepada semua pelajar sebelum memulakan
perjalanan.
Tempat
memproses labu sayong yang menggunakan teknik acuan
Pengusaha
labu sayong iaitu Encik Win memberikan penerangan dan taklimat bagaimana untuk
membuat labu sayong.
Pelajar
melihat teknik membuat labu sayong iaitu dengan menggunakan teknik acuan.
Pelajar
diberi peluang membuat labu sayong
Pelajar
tekun belajar membuat labu sayong dengan menggunakan mesin yang disediakan.
Labu sayong yang bersedia
untuk dijual
Pelajar
bersiar-siar di Bandar Diraja Kuala Kangsar
No comments:
Post a Comment